YDH ACP AZIZI BIN MAT aris
ucapan ketua jabatan pengurusan (kjp)
Di dalam era masa kini, teknologi memainkan peranan yang penting dalam memastikan sumber maklumat dapat disebarkan dengan efisyen. Daripada laman web ini, dapat membantu warga kontijen kedah mendapat info dan sumber maklumat dari segala aspek latihan kursus dan latihan dalam perkhidmatan (LDP) yang dijalankan oleh cawangan latihan kontijen kedah. Hasil daripada penghasilan laman web ini dapat mengurangkan birokrasi serta kecepatan memproses maklumat dan menjadi rujukan kepada semua kontijen dan warga PDRM untuk mengetahui maklumat mengenai cawangan latihan.
pegawai turus (pt) latihan/sukan
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ketua jabatan pengurusan kerana memberi peluang dalam membantu penghasilan laman web ini sepertimana yang diharapkan menjadi tunjang dan memberi sumber maklumat yang tepat kepada warga kontijen kedah. Dengan laman web ini, segala khursus dan aktiviti yang dijalankan boleh disemak melalui hujung jari anda. Hasil inovasi dan kreativiti ini adalah hasil daripada semua anggota di dalam cawangan latihan dan juga dibantu oleh pelajar yang menjalani latihan industri.
pendahuluan
Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengiktiraf semua pegawai,
anggota dan pegawai awam PDRM sebagai sumber utama perkhidmatan
pasukan kepada masyarakat dan Negara. Untuk meningkatkan tahap
profesionalisme mereka, latihan yang terancang dan sistematik serta
bersifat dinamik perlu diberikan kepada mereka dari semasa ke semasa.
Visi Latihan
Sehubungan itu visi latihan dalam pasukan lebih menjurus kepada usaha untuk meningkatkan profesionalisme kepolisan melalui latihan yang berterusan.
Misi Latihan
Misi latihan dirangka sedemikian rupa bagi :
Melahirkan tenaga manusia yang berkeupayaan tinggi dan berwibawa bagi memenuhi tuntutan kepolisan moden selaras dengan dasar pembangunan negara kea rah Wawasan 2020.
Strategik Latihan
Bagi mencapai visi dan misi latihan, strategic latihan menekankan perkara-perkara berikut :
a) Mengutamakan perancangan latihan yang dapat memenuhi keperluan organisasi.
b) Memberi peluang kepada setiap pegawai kanan, pegawai pangkat rendah dan juga pegawai awam untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan mereka melalui latihan yang terancang sekaligus membangunkan diri serta meningkatkan pembangunan organisasi. Dalam hal ini, program pendidikan tinggi di peringkat diploma, ijazah dan doktor falsafah dibuka bagi melahirkan tenaga pakar dalam disiplin keilmuan bagi memenuhi keperluan organisasi.
c) Memfokus latihan kepada penyelesaian masalah semasa dan akan datang bagi mempersiapkan pasukan menghadapi arus pembangunan dan ledakan teknologi maklumat dalam dunia tanpa sempadan.
d) Mengutamakan kualiti yang tinggi dalam kursus-kursus yang dijalankan dalam usaha menyediakan pembelajaran yang berterusan bagi memenuhi keperluan situasi dan suasana di tempat kerja.
e) Memberi perhatian kepada kawalan dan peningkatan sumber logistik, kewangan, peralatan, kemudahan-kemudahan serta pembangunan sumber tenaga manusia di bidang latihan bagi menghadapi cabaran arus perubahan dalam bidang latihan itu sendiri.
f) Bekerjasama dan berkongsi kepakaran dengan agensi-agensi kerajaan dan pihak swasta dalam bidang penguatkuaasan undang-undang dan latihan bertujuan untuk berkongsi pengetahuan dan memperluaskan paradigma pemikiran di kalangan pegawai dan staf latihan kea rah menghadapi pelbagai cabaran semasa.
Jenis Latihan
Untuk memenuhi keperluan semasa dan mendatang, latihan akan sentiasa membekalkan disiplin-disiplin keilmuan kepada semua tenaga manusia dalam pasukan bagi meningkatkan keberkesanan dan kecekapan mereka. Disiplin keilmuan yang diberikan keutamaan termasuklah:
1. Perlembagaan dan Undang-undang
2. Pengurusan
3. Kemasyarakatan
4. Kepimpinan
5. Komunikasi
6. Pentadbiran
7. Teknikal
Disiplin keilmuan ini diprogramkan dalam semua bentuk dan jenis latihan PDRM iaitu :
Latihan Asas
Latihan asas wajib dilalui oleh semua pegawai dan anggota polis. Ia bertujuan untuk mengorientasikan orang awam yang baru dibawa masuk ke dalam organisasi polis. Latihan ini amat penting dalam usaha awal pasukan untuk mengsosialsasi dan seterusnya menginstitusikan orang awam kepada budaya hidup polis sekaligus menghasilkan individu polis yang benar-benar “ready for the job”, mempunyai tahap disiplin dan daya ketahanan mental dan fizikal yang tinggi serta mempunyai nilai-nilai murni dan beretika.
Latihan Kemahiran/Kepakaran
Latihan ini diberikan kepada anggota yang sedang berkhidmat yang terdiri daripada semua kategori pangkat. Ia bertujuan untuk mendapatkan pengetahuan dan kepakaran serta berkait secara langsung dengan tugas bagi menyediakan pegawai dan anggota dengan tugas baru atau tugas khusus. Contohnya Kursus Pakar Judi, Kursus Penyeliaan dan Kursus Pengendalian Agen.
Latihan pembangunan
Latihan ini diberikan kepada anggota yang sedang berkhidmat yang terdiri daripada semua kategori pangkat. Ia bertujuan untuk mengisi kekurangan pengetahuan teori dan amali mengenai sesuatu bidang yang diperluka oleh pasukan. Latihan ini diadakan di dalam dan di luar negeri bagi mendapatkan sijil, diploma atau ijazah yang diiktiraf. Contohnya Kursus Diploma Sains Kepolisan dan Kursus Diploma Psikologi Kaunseling.
Latihan Pemulihan/Remedial
Latihan ini diberikan kepada anggota yang sedang berkhidmat yang terdiri daripada semua kategori pangkat. Ia bersifat pemulihan dan bertujuan untuk memperbetul dan menyelesaikan masalah pengendalian kerja dari aspek sikap, mental dan fizikal sejajar dengan kehendak pasukan. Contohnya Kursus Peningkatan Etika PDRM dan Kursus Kemahiran Kaunseling.
Latihan pelbagai pula termasuk kesemua jenis latihan di para 6 di atas. Ia diberikan kepada pegawai awam dan lain-lain agensi penguatkuasa luar PDRM sama ada kerajaan mahupun swasta.

PenutuP
Falsafah latihan dalam pasukan perlu mengambilkira keperluan semasa pasukan yang sering berubah mengikut peredaran zaman. Doktrin latihan ini diharap akan dapat menjayakan visi latihan ke arah meningkatkan tahap professionalism kepolisan melalui latihan yang berterusan dan bersifat dinamik sejajar dengan keperluan semasa dan terkini sekaligus memenuhi keperluan latihan dalam pasukan berdasarkan Perintah Tetap Ketua Polis Negara (PTKPN) A 302.